Pelakon dan pengacara, Alif Satar meluahkan rasa kagum terhadap tindakan seorang penyewa yang telah menyewa rumahnya selama beberapa tahun dengan penuh tanggungjawab.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Akan Menjiwai Identiti Jenama, Bukan Sekadar Angkat Gambar’ – Alif Satar Kongsi Prinsip Jadi Duta

Artikel Berkaitan: Alif Satar Mahu Tayang Semula Temu Bual Dengan Banduan Untuk Kesedaran – ‘Berjalan Masuk Ke Penjara Pengalaman Paling Menakutkan’

Penyewa dari syurga

Berkongsi di Threads, Alif atau nama lengkapnya Muhammad Alif Mohd Satar, 36, memuji tindakan penyewa itu kerana telah menetap di rumah tersebut tanpa sebarang masalah sepanjang tempoh penyewaan.

Malah, lebih mengejutkan apabila penyewa itu sendiri yang membayar lebih duit sewa sebagai tanda penghargaan.

Saya kehilangan seorang penyewa dari syurga. Tiada apa-apa berita selama beberapa tahun dia duduk menyewa satu keluarga.

Tahu-tahu, cukup bulan sewa dibayar. Ada satu bulan tu saya pelik, kenapa dia transfer lebih rupanya dia naikkan sendiri harga sewa padahal saya tidak minta pun.

Bercerita lanjut, Alif berkata keluarga itu kemudian memutuskan untuk berpindah dan meninggalkan rumah itu dalam keadaan yang sempurna.

Hari ini dia dan keluarganya pindah duduk kampung.

Mama dan ayah beritahu rumah yang ditinggalkan dengan sempurna dan bersih seperti dahulu. Terima kasih.

Sumber: Threads