Sepotong video memaparkan pelakon Hariz Hamdan menjalani sesi penggambaran untuk sebuah jenama sukan bersama bintang terkenal Korea Selatan, Nickhun daripada kumpulan 2PM telah mencuri perhatian ramai.

Artikel Berkaitan: ‘Hazwani Akhlaknya Baik, Ada Ciri-Ciri Wanita Idaman Saya’ – Hariz Hamdan

‘Weh jealous!’

Menerusi perkongsian tersebut, Hariz dilihat bergandingan dengan Nickhun serta seorang lagi individu di sebuah studio bagi menjayakan penggambaran kempen jenama berkenaan.

Hariz yang juga duta jenama itu tampil segak mengenakan jersi berona hitam, manakala Nickhun pula mencuri tumpuan dengan jersi berwarna kuning kehijauan.

Difahamkan, sesi penggambaran tersebut telah dijalankan pada tahun lalu di Korea Selatan dan mengambil masa beberapa hari untuk disempurnakan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja dan cemburu melihat peluang Hariz bertemu secara dekat dengan bintang K-pop terkenal itu.

Malah, tidak kurang juga peminat yang berseloroh mengakui Nickhun merupakan idola mereka.

Sumber: TikTok