Anak kepada usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Qadejah El Zahra mengakui enggan berkahwin sehingga mencapai tahap kekayaan yang disasarkan.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Qadejah Dipuji Lincah Urus Kerja Dapur, Netizen Suka Didikan Aliff Syukri & Shahida – ‘Yang Ini Contoh Baik’ 

Artikel Berkaitan: ‘Saya Memang Suka Bercakap, Sampai Orang Gelar Aliff Syukri 2.0’ – Qadejah

Tak mahu kahwin

@shahidadherbs2

Sakit telinga kalau Qadejah ada dekat rumah. Tapi mama boleh la tenang sikit kalau Qadejah ada dekat rumah. Dia tengah berjuang di dapur tu buat Dubai Choco dengan Cinnamon Roll dia nak jual dekat Wisma D’herbs Kota Damansara hari sabtu dan ahad ni jam 1 tengah hari ya. Yanh nak rasa air tangan Qadejah boleh la singgah beli sambil shopping dekat butik

♬ bunyi asal – Nur Shahida Mohd Rashid – Nur Shahida Mohd Rashid

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Qadejah dilihat sedang sibuk membuat Dubai Chocolate dan Cinnamon Roll yang dijual di Wisma D’herbs, Kota Damansara.

Video berdurasi selama seminit lebih itu meraih perhatian netizen dengan kenyataan spontan daripada Qadejah yang enggan berkahwin.

Saya dah fikir, saya tak mahu kahwin.

Saya nak kerja buat duit.

Kahwin itu nantilah. Kita jual, jadi kaya dulu.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara pemikiran Qadejah yang disifatkan matang sebelum umur. Selain itu, warganet turut kagum dengan impiannya yang rajin mencari duit walaupun berasal daripada keluarga berada.

Sumber: TikTok @Nur Shahida Mohd Rashid