![[VIDEO] Sweet Qismina Tak Mahu Campuri Urusan Puteri Balqis & Mia Sara, Hanya Doa Yang Terbaik – ‘Saya Sayang Mereka Berdua’](https://asset.ohbulan.com/2026/01/sweet-qismina-dm-puteri-balqis-mia-sara.jpg)
Pelakon Sweet Qismina menegaskan bahawa dia sama sekali tidak berniat untuk mencampuri urusan membabitkan dua aktres iaitu Puteri Balqis dan Mia Sara Nasuha.
Artikel Berkaitan: ‘Puteri Balqis, Tak Ada Apa Salah Atau Perlu Minta Maaf Kepada Saya, Salah Faham Je Tu’ – Michael Ang
Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Kongsi Pengalaman Pelakon ‘Stuck’ Imej Kanak-Kanak – ‘Saiz & Wajah Tak Boleh Diubah, Tanpa Peluang Macam Mana Nak Baiki?
Sweet Qismina tak nak masuk campur

Ketika ditemui OhBulan, Sweet atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berkata, sejak awal dia memilih untuk tidak terlibat dalam sebarang konflik kerana ia merupakan urusan peribadi kedua-dua pihak.
Malah mesej peribadi (DM) yang dihantar kepada Puteri Balqis hanyalah atas dasar keprihatinan.
Sejujurnya saya memang tak nak masuk campur langsung urusan mereka sebab itu antara dua pihak. Jadi saya memang tak ada kena-mengena langsung.
Apa yang saya DM dekat Aqish itu hanyalah sebagai seorang kakak kepada adik. Itu saja. Dengan Aqish saya baik, dengan Mia pun saya baik. Dua-dua pernah bekerja.
Isteri kepada pelakon Adam Lee ini mengakui tidak mengetahui punca sebenar masalah yang berlaku antara kedua-dua aktres berkenaan, namun berpendapat teguran wajar diberikan sekiranya terdapat kesilapan.
Jadi apa masalah mereka berdua itu saya memang tak tahu. Tapi kalau ada salah, memang patut ditegur. Saya doakan yang terbaik untuk mereka berdua.
Dalam industri ini, semua orang ada hak atas apa yang mereka rasa. Cumanya apa yang berlaku sekarang ini memang saya tak nak campur.
Sweet berkata demikian ketika ditemui di Pesta Raya TVS, yang berlangsung di Kuala Lumpur pada Selasa.
‘Saya sayang mereka berdua’

Menurut Sweet, dia menyayangi kedua-dua aktres muda itu dan memahami cabaran apabila membesar dalam dunia seni pada usia yang muda. Oleh itu, dia mendoakan yang terbaik dan segala urusan Puteri Balqis dan Mia Sara dipermudahkan.
Saya sayang mereka berdua. Saya tahu banyak dugaan yang mereka lalui. Bila kita membesar dalam industri sejak kecil, banyak perkara yang kita belajar.
Saya doakan kedua-dua adik saya ini membesar dengan banyak pengalaman dan pengajaran hidup.
Saya nak mereka jadi yang terbaik dalam industri sebab merekalah pelapis kita pada masa depan.
Saya tahu benda ini tak mudah. Saya doakan semuanya dipermudahkan. Saya percaya Allah tahu apa yang terbaik untuk mereka
Sebelum ini, ibu Puteri Balqis memuji Sweet Qismina yang mengirim mesej semangat kepada anaknya dan aktres itu disifatkan sebagai ikhlas serta tidak berpura-pura baik dalam tindakannya memberi sokongan.







