Seorang pengguna Twitter Aimi Nasyirah meluahkan rasa sedih selepas kekasihnya yang merupakan seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) maut dalam satu kemalangan jalan raya. Anggota tentera tersebut dikatakan dalam perjalanan ke kampung yang berada di Kuala Lipis, Pahang.
Bersyukur dapat kenal awak
Walau bagaimanapun, dia terkilan kerana hajat mereka untuk bertemu kedua orang tua masing-masing tidak berkesampaian. Dia turut menceritakan bahawa arwah tidak pernah meninggikan suara kepadanya sepanjang mereka berkenalan. Selain itu, dia turut berharap agar segala kebaikan arwah di dunia bakal digantikan dengan syurga.
Alhamdulillah saya bahagia
Saya simpan sini kenangan kita ya. Awak suka vc saya, awak tahu kita susah jumpa jd awak vc saya. Macam konon tgh date hehe. Alhamdulillah saya bahagia dgn awak. Saya ada dgn awak sampai akhir hayat awak. pic.twitter.com/4JVM1zqvI6
— bungaaaa (@AimiNasyirah) July 27, 2020
Tambahnya lagi, sepanjang tempoh mereka berkenalan, mereka jarang berjumpa kerana arwah sibuk bertugas. Arwah hanya mampu meluangkan masa menerusi panggilan video bersamanya. Dia bersyukur kerana dia dapat bertemu arwah dalam hidupnya walau dalam masa yang singkat. Segala memori bersama arwah direkodkan agar dapat dikenang.
Tak pernah dapat suprise macam ni
Saya akan kuat untuk dia
Sumber: Aimi Nasyirah