![[VIDEO] ‘40,000 Penonton Nak Tengok, Ada Yang Siap Betting Berapa Kali Saya Lafaz Nikah’ – Shashic Iewan](https://asset.ohbulan.com/2026/02/shashic-2.jpg)
Pelawak Shashic baru-baru ini meraih perhatian netizen apabila berkongsi momen akad nikahnya yang disiarkan secara langsung dan ditonton lebih 40,000 orang, termasuk yang ingin menyaksikan sama ada dia dapat melafazkan akad dengan lancar.
Artikel Berkaitan: ‘Dia Selamatkan Aku Daripada Didera Dengan Ex Boyfriend’ – Filzah Kongsi Bibit Percintaan Dengan Shashic
Artikel Berkaitan: Shashic Iewan & Filzah Azmi Sah Bergelar Suami Isteri
‘Mereka rasa saya tidak akan berjaya’
Menerusi podcast Sembang Seram di TikTok, Shashic atau nama sebenarnya Muhammad Noor Shashic Iewan Norihan, 35, mendedahkan bahawa ada penonton yang ingin menilai sama ada dia benar-benar bersungguh-sungguh atau sekadar bergurau.
Malah, ada juga yang sanggup bertaruh mengenai bilangan lafaz akad yang akan dilakukan.
Masa akad nikah, saya buat live ada lebih kurang 40,000 penonton yang nak tengok saya akad nikah.
Sebab orang rasa, saya tidak akan berjaya.
Ada yang nak tengok sama ada saya ini bergurau, ada yang nak kira berapa kali saya lafazkan.
Ada juga yang siap ‘betting’ lagi.
Dimaafkan

Berkongsi lebih lanjut, Shashic menjelaskan akad nikahnya dilafazkan sebanyak dua kali bukan kerana kesalahan, sebaliknya disebabkan dia masih gagap akibat gugup.
Keadaan itu bagaimanapun dimaafkan oleh tok kadi.
Dalam pada itu, Shashic mengakui tekanan ketika tersebut semakin meningkatkan rasa gementarnya, namun ustaz memaklumkan bahawa keseluruhan proses akad nikah berjalan dengan baik.
Saya dapat lafazkan sebanyak dua kali.
Itu pun bukan sebab gagap tapi sebab ada kesalahan sedikit.
Tetapi masalah itu, Tok Kadi kata okay sahaja, dimaafkan.
Kalau keadaan itu lagi tegang, bertambah ‘nervous’ dan gagap saya lagi teruk.
Sumber: TikTok Sembang Seram






![[VIDEO] Syed Saddiq Teruja Nak Kahwin, Akui Bahagia Temui Bella Astillah – ‘Kenapa Malu? Saya Bersyukur’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/syed-saddiq-8.jpg)

