
Pelakon Diana Danielle berkongsi hasrat anak sulungnya, Muhammad, 13, yang bercita-cita untuk menceburi bidang seni.
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Kongsi Muhammad Alami Lumpuh Muka Secara Tiba-Tiba
Artikel Berkaitan: Diana Danielle Sebak Muhammad Minta Maaf, Serba Salah Sebab Sakit – ‘Dia Tak Pernah Susahkan Saya’
Nak jadi pelakon

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, pemilik nama Diana Danielle Danny Beeson, 35, memaklumkan kali terakhir anaknya berlakon adalah di usia enam tahun.
Namun begitu, pelakon berusia 35 tahun itu akui enggan mengizinkan anak lelakinya terlibat secara langsung dalam industri seni.
Anak lelaki saya banyak kali minta berlakon lagi.
Kali terakhir umur 6 tahun.
Dia dah mula tunjuk minat nak berlakon.
Tapi saya tak mahu bagi. Saya mahu simpan dia selamanya tapi takut dia rasa terkekang.
Remaja 13 tahun yang sudah mula memikirkan dan membina masa depannya sendiri.
Sokongan netizen




Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memberikan sokongan buat Muhammad meneruskan minatnya dalam bidang lakonan berikutan rupa parasnya yang dianggap tampan. Selain itu, warganet turut menasihati Muhammad supaya mengutamakan pelajaran terlebih dahulu.
Sumber: Threads @dianadanielleb








