Kerajaan China melaporkan menemui virus jenis coronavirus yang terdapat pada permukaan bungkusan sejuk beku di pelabuhan Dalian. Difahamkan, bekalan makanan tersebut diimport melalui sebuah kapal dari Ecuator, Amerika Selatan sebelum berlabuh di negara itu.
Menyumbang kepada peningkatan kes
Memetik laporan FOX 5 New York, pihak berkuasa negara China telah menemui di atas bungkusan makanan sejuk beku yang berada di sebuah pelabuhan di Dalian. Penemuan bakteria koronavirus itu secara tidak langsung menyumbang kepada peningkatan kes pesakit positif Covid-19 di negara tersebut.
Sita barangan itu
Kerajaan Yantai menemui virus itu pada permukaan bungkusan makanan laut sejuk beku yang telah dibeli tiga buah syarikat di daerah Yantai iaitu di kawasan Timur wilayah Shangdong.
Bagaimanapun, pihak berkuasa China telah menyita barangan tersebut. Manakala, individu yang mengendalikan makanan tersebut diarahkan untuk kuarantin dan didapati negatif selepas ujian saringan dijalankan.
Bukan kes pertama
Ini bukan kes pertama dilaporkan berkenaan koronavirus pada permukaan bungkusan sejuk beku, sebelum ini pada Julai 2020 telah dilaporkan penemuan koronavirus di sebuah pelabuhan utama di wilayah Liaoning. Dipercayai bungkusan makanan sejuk beku itu telah diimport dari Ecuator, Amerika Selatan.
Sumber: Malaysia Gazette, Berita Harian, FOX 5 New York, South China Morning Post