
Polis Australia menahan dua orang suspek di atas dakwaan membunuh seorang lelaki warga emas yang diculik.
Artikel Berkaitan: Dakwa Anak Dibunuh Datuk & Bapa Saudara, ‘Si Mati’ Buat Kejutan Datang Mahkamah
Artikel Berkaitan: Sering Diserang Secara Fizikal, Ibu Upah Pembunuh Tembak Anak Sampai Mati
Salah identiti

Menurut laporan BBC, mangsa Chris Baghsarian, 85, telah diculik di rumahnya yang terletak di North Ryde, Sydney pada 13 Februari lalu.
Bagaimanapun polis berkata, suspek didapati telah tersalah sasaran dan identiti ketika menculik warga emas tersebut.
Polis menyatakan mangsa bukan sasaran sebenar dan memaklumkan bahawa Baghsarian serta keluarganya tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes jenayah.
Menurut laporan media tempatan, berkemungkinan suspek menyasarkan sebuah keluarga yang mempunyai hubungan dengan jenayah terancang.
Dua suspek berusia 24 dan 29 tahun tersebut telah ditahan untuk disoal siasat. Suspek ditahan selepas polis menemui mayat dipercayai Baghsarian berhampiran sebuah padang golf di Pitt Town.
Ketika video Baghsarian yang tercedera tersebar dalam talian, keluarganya menyifatkan ia sebagai satu mimpi ngeri yang sukar dipercayai.
Kami bergelut untuk memahami hakikat bahawa dia telah diculik dan keluarga kami terjerat dalam sesuatu yang langsung tidak ada kaitan dengan kami.
Dalam masa sama, pihak polis juga enggan memberikan sebarang butiran mengenai keadaan mayat tersebut, namun menyatakan bedah siasat akan dijalankan untuk mengesahkan identiti mangsa dan menentukan punca kematian.
Justeru, pihak berkuasa telah menggesa saksi yang melihat kejadian itu untuk tampil menghubungi pihak polis.
Sumber: BBC








