
Baru-baru ini kecoh apabila pempengaruh, Tareq Fit mempertikaikan isu pendapatan golongan selebriti dengan mendakwa ia daripada sumber yang tidak halal.
Artikel Berkaitan: ‘Tak Kisah Kalau Orang Nak Kecam Saya, Tapi Jangan Sentuh Anak-Anak Saya’ – Daler Yusuf
Artikel Berkaitan: Daler Yusuf Terkilan Netizen Tergamak Komen Biadab Gara-Gara Solekan Anak, Doa Agar Diberi Hidayah
Syariat Islam
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Tareq memuat naik video seorang individu mengulas mengenai isu berkenaan dengan menegaskan tentang syariat Islam dan realiti dunia hiburan.
Di ruangan komen, aktor, Daler Yusuf bersetuju dengan pandangan individu tersebut dan mengakui terdapat sebahagian babak yang mungkin salah di sisi agama Islam.
Walaupun aku seorang pelakon, aku sedar ada babak yang tak selari dengan syariat Islam, terutama bila melibatkan sentuhan.
Aku tak nak beri alasan sebab memang itu salah dari sudut agama.
Bagaimanapun, Daler berkata, dia akan terus mencuba untuk menjaga keimanannya dan memegang kepada prinsip agama.
Aku pun manusia biasa yang sedang cuba perbaiki diri.
Semoga Allah SWT kuatkan iman aku dan beri aku istiqamah.
Terdahulu, aktor Kamal Adli bertindak menegur Tareq supaya memberi tumpuan kepada ibadah puasa selepas pempengaruh itu meluahkan rasa kurang senang terhadap penghasilan lagu raya dalam kalangan personaliti media sosial.
Tareq kemudian mempersoalkan Kamal tentang kerjaya lakonan bersama wanita yang tidak menjaga aurat.
Pelakon, Remy Ishak turut tampil bersuara selepas Tareq mempertikaikan sumber rezeki golongan penggiat seni.
Sumber: Threads








