
Penyanyi, Marsha Milan meluahkan hasrat mahu berduet dengan Aina Abdul dan Ernie Zakri pada masa akan datang.
Artikel Berkaitan: Marsha Terharu Lagu ‘Hening Rindu’ Menang Reka Bentuk Bunyi Terbaik, Rangkul Trofi Emas Di Anugerah Content Asia 2025
Artikel Berkaitan: ‘Nama Dipilih Sendiri Oleh Tokti, Saya Sangat Terharu & Bersyukur’ – Aina Abdul
Marsha ‘triggered’ sering dibandingkan

Marsha atau nama penuhnya Marsha Milan Londoh, 40, berkata hasrat tersebut tercetus susulan mereka bertiga sering menjadi perbandingan dalam kalangan peminat dan pemerhati industri muzik tempatan.
Saya teringin untuk ada satu karya dengan Aina Abdul dan Ernie Zakri. Walaupun pernah berduet dalam persembahan, tetapi lagu bersama masih belum ada lagi.
Saya mahu duet dengan Aina dan Ernie sebab suara kami bertiga sering dibanding-bandingkan. Kalau ingat kembali, ada suatu ketika dahulu kami memang kerap dibandingkan.
Bila orang sering membandingkan, perkara itu ‘triggered’ saya dan terfikir, kalau bergabung mengapa tidak.
Marsha berkongsi perkara tersebut ketika ditemu bual dalam satu program stesen radio tempatan yang dihoskan oleh Radin.
Mengulas lanjut, pelantun lagu Hening Rindu itu mengakui Aina dan Ernie masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri selain kekuatan vokal yang tidak perlu disangkal.
Aina dan Ernie, kedua-dua penyanyi ini sangat berbakat. Saya pasti dari arah muzik juga kami mempunyai sedikit persamaan walaupun tona suara berbeza.
Tetapi saya rasa ia akan jadi sesuatu yang unik sekiranya kami benar-benar digabungkan. Soal lagu pula saya tidak kisah, kalau lagu rancak pun mengapa tidak, asalkan sesuatu yang baharu.
Hasrat tersebut nyata mengundang perhatian peminat yang turut berharap kolaborasi tiga suara besar ini dapat direalisasikan pada masa akan datang.
Sumber: TikTok








