Nama Alwiansyah mula meniti di bibir peminat di Indonesia disebabkan oleh bakat nyanyiannya dan ekspresi muka penuh penghayatan. Dia mula merakam video nyanyiannya itu dan dimuatnaik ke media sosial sehingga mendapat perhatian ramai pendengar.
Buat anda yang tidak tahu, Alwiansyah yang berasal dari Sulawesi Tenggara, Indonesia ini pernah bergandingan bersama penyanyi terkenal Judika. Memang feel habis!
Kompilasi cover sebelum terkenal
https://www.youtube.com/watch?v=EO0nI8s75Ys
Video kompilasi nyanyian cover daripada kanak-kanak berusia 13 tahun ini merupakan nyanyian sebelum dia dikenali ramai. Sebelum ini, dia pernah cover beberapa lagu penyanyi Indonesia termasuk Berbeza Kasta nyanyian Thomas Arya. Nama Alwiansyah mula dikenali ramai menerusi lagu Berbeza Kasta. Selain itu, dia juga dikenali dengan gelaran ‘Si Bocah Viral’ (budak viral) di negara itu.
Duet bersama Judika
Terbaru, penyanyi terkenal Indonesia iaitu Judika juga mengambil kesempatan menjemput Alwiansyah ke studio rakamannya. Mereka menyanyikan lagu Cinta Karena Cinta nyanyian asal Judika tanpa apa-apa latihan sebelum persembahan itu.
Apa yang menarik perhatian penonton adalah penghayatan dari ekspresi pada wajahnya. Nyanyian pun mantap, terbaiklah!
Lagu sendiri
Disebabkan lagu Berbeza Kasta yang melonjakkan namanya sehingga terkenal di Indonesia, dia diberi peluang untuk cover dan lancarkan official music video lagu tersebut. Malah, alunan muzik lagu ini diolah semula oleh Rajali Asmara dan Elta Record bagi kesesuaian suara penyanyi cilik ini.
Tolak tawaran Dewi Perssik
Terbaru, Alwiansyah telah bertemu dengan penyanyi dangdut terkenal Indonesia iaitu Dewi Perssik. Tujuan penemuan di antara merek itu adalah untuk menjadikan kanak-kanak itu sebagai anak angkat. Dewi turut mengajak kanak-kanak itu untuk tinggal dan bersekolah di Jakarta.
Mangkannya kamu jadi anak mami aja sama Nissa, mau enggak? Jadi anaknya mama Dewi kamu sama mas Gabril tapi di Jakarta tinggalnya, mau enggak?
Alwiansyah bagaimanapun menolak tawaran penyanyi dangdut itu dengan cara baik. Dia mengakui masih lagi merindui ibu dan ayahnya.
Jangan dulu. Pikir-pikir. Masih kangen mama, papa.
Sumber: Judika Official, Musik Proaktif, Dewi Perssik