Seorang ibu meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa anaknya yang berusia sekitar empat hingga lima tahun terpaksa menunggu sehingga 15 jam ketika sesi penggambaran iklan Raya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM33 Pentingkan Pelajaran, Jadikan Ibu & Haliza Misbun Sumber Inspirasi – ‘Ilmu & Solat Itu Penting’

Artikel Berkaitan: Sweet Qismina Kongsi Pengalaman Pelakon ‘Stuck’ Imej Kanak-Kanak – ‘Saiz & Wajah Tak Boleh Diubah, Tanpa Peluang Macam Mana Nak Baiki?

Tiada kemudahan

Menerusi perkongsian di Threads, individu tersebut mendakwa anaknya terpaksa tidur di dalam kereta selama dua jam setengah kerana pihak produksi tidak menyediakan tempat rehat yang sesuai.

Dakwanya lagi, kemudahan tandas yang sempurna juga tidak disediakan.

Hati ibu mana yang tidak hancur melihat anak sendiri yang berumur empat hingga ke lima tahun kena menunggu lama dalam 15 jam semasa shooting?

Anak saya terpaksa tidur di dalam kereta selama dua jam setengah sebab pihak produksi tidak sediakan tempat rehat yang selayaknya.

Malah, tandas yang sempurna pun tak ada.

Dalam hantaran sama, ibu terbabit mendakwa tenaga anaknya dikerah sepanjang penggambaran, namun kebajikan serta keselesaan kanak-kanak itu tidak diberi perhatian sewajarnya.

Budak sekecil itu dikerah tenaga untuk iklan raya, tapi tiada kebajikan. 

Sumber: Threads