
Pelakon Zarif Ghazzi tidak menolak kemungkinan sekiranya suatu hari nanti dipertemukan jodoh bersama aktres Bella Dowanna.
Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Tak Selesa Ada Peminat Obses, Sampai Hantar ‘WhatsApp’ Kepada Ibu – ‘Tak Tahu Mana Dapat Nombor’
Artikel Berkaitan: Zarif Ghazzi Makin Laku Selepas Rangkul Anugerah – ‘Saya Terima Lebih Banyak Tawaran Berlakon’
Sudah berkawan lama

Ketika ditemui oleh OhBulan!, pemilik nama sebenar Zariff, 22, menjelaskan bahawa hubungan antara dia dan Bella ketika ini sekadar sahabat baik meskipun mereka sudah lama saling mengenali.
Saya memang kenal Bella.
Saya dengan dia sebenarnya tidak lebih kepada kawan.
Tapi macam saya cakap, kalau ada jodoh, tiada masalah pun.
Sebab kami pun dah berkawan lama tapi memang tiada apa yang lebih.
Zarif berkata demikian ketika ditemui pada majlis rakaman Melodi Raya di Saloma Kuala Lumpur pada Selasa.
Selesa berkawan

Berkongsi lebih lanjut, aktor kelahiran Johor itu menyifatkan Bella sebagai seorang individu yang jujur serta sentiasa tampil dengan keperibadian dirinya yang sebenar.
Tambah Zarif, antara perkara yang membuatkan dia selesa berkawan dengan Bella adalah kerana sikapnya yang ikhlas dalam menjalinkan persahabatan.
Macam yang saya pernah cakap, dia memang seorang yang menjadi diri sendiri.
Tidak kisah mana-mana dia pergi, dia bawa nama dengan sebaiknya.
Dia tak ada nak fake apa semua, kalau dia cakap tak suka maksudnya dia tak suka.
Lagi satu dia ada keikhlasan dalam berkawan.
Saya suka bila saya berkawan dengan orang ikhlas dengan kita.
Bukan sekadar berkawan untuk nak kebaikan ke apa tak.
Itu adalah Bella Dowanna, dia berkawan sebab memang ikhlas.
Dalam pada itu, dia mengakui masih belum memikirkan soal mendirikan rumah tangga kerana kini mahu memberi sepenuh tumpuan kepada kerjaya lakonan serta keluarganya.
Sebenarnya kalau cakap tentang rumah tangga, itu memang jauh lagi.
Fokus saya adalah kerjaya saya, lakonan, dan keluarga saya.
Untuk berpasangan belum lagi.
Tapi saya tiada masalah jika ada yang kenen-kenenkan.
Selagi perkara itu tidak melampaui batas, saya tak ada masalah pun.








