Dunia bintang ikonik Korea Selatan iaitu Jungkook BTS dan Winter Aespa dikhabarkan telah berpisah dan membawa haluan masing-masing.

Artikel Berkaitan: Tular Video Jungkook BTS Kantoi ‘Dating’, Siap Pegang Tangan Lagi?

Artikel Berkaitan: Penceroboh Rumah Jungkook BTS Dibawa Ke Pendakwaan

Jungkook & Winter

Memetik laporan Koreaboo, spekulasi itu mula tercetus apabila peminat mendakwa melihat Jungkook yang kelihatan agak suram dan beremosi ketika sesi siaran langsung baru-baru ini. 

Manakala Winter pula didakwa telah berkongsi lagu bertema kesedihan dan putus cinta di media sosialnya hanya beberapa hari selepas itu. 

Rentetan kejadian ini menimbulkan teori dalam kalangan netizen bahawa pihak pengurusan HYBE dan SM Entertainmen mungkin telah “mendesak” mereka untuk berpisah demi menjaga imej kumpulan, terutamanya dengan jadual comeback BTS yang semakin hampir.

Malah, peminat turut mendakwa tatu pasangan Jungkook dan Winter sudah tidak kelihatan sekali gus menguatkan dakwaan pasangan ini sudah berpisah.

Bagaimanapun, ada peminat yang berjumpa Winter secara bersemuka mengakui penyanyi itu masih memiliki tatu tersebut.

Walau bagaimanapun, keputusan Winter untuk berkongsi foto yang memperlihatkan kulitnya bersih tanpa sebarang tatu seakan memberi bayangan dia sedang cuba memadamkan segala kaitan antara satu sama lain daripada tatapan umum.

Meskipun begitu, segelintir peminat berpendapat bahawa Jungkook dan Winter masih menjalinkan hubungan tetapi memilih untuk memadam tatu tersebut bagi mengelakkan gangguan terhadap aktiviti promosi kumpulan. 

Tidak kurang juga, ada yanv mendesak agar pihak agensi mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang sengaja mereka-reka cerita tanpa bukti.

Pada penghujung 2025, nama Jungkook dan Winter menjadi topik hangat di media sosial susulan terdapat dakwaan mengatakan mereka hangat dilamun cinta.

Sumber: Koreaboo