![[VIDEO] Shiha Zikir Sedih Baca Kecaman Terhadap Noraniza Idris Hanya Sebab Gemari Lagu ‘Minta Ampun’ – ‘Saya Rasa Dia Tidak Buat Salah’](https://asset.ohbulan.com/2026/03/shiha-3.jpg)
Tindakan segelintir netizen mengecam penyanyi irama tradisional terkenal, Noraniza Idris di aplikasi Threads mengundang rasa sedih dalam diri penyanyi, Shiha Zikir.
Artikel Berkaitan: ‘Lagu Raya Tak Perlu Terlalu Kreatif & Bersaing Dengan Trend Sekarang’ – Noraniza Idris
Artikel Berkaitan: ‘Lagu Minta Ampun Teguran Berbentuk Sarkastik’ – Shiha Zikir
Tidak komen terlalu kasar
Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, mengakui terkejut apabila Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani itu menerima komen negatif hanya kerana menyukai lagu nyanyiannya berjudul Minta Ampun.
Kata Shiha, 39, Kak Ani sekadar meluahkan pendapatnya sebagai seorang pendengar.
Saya sedih apabila Noraniza Idris terima kecaman seperti itu.
Pada saya, macam ini ke jadi peminat? Kenapa sanggup komen seperti itu?
Saya sangat neutral.
Saya rasa dia tidak buat salah.
Dia tidak komen terlalu kasar yang ditujukan atau libatkan orang lain.
Shiha berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran lagu raya berjudul Memori Raya pada Khamis di Red Box Karaoke, Kuala Lumpur.
Perlu ada batas

Menurut Shiha, dia tidak menyangka masih wujud segelintir peminat yang terlalu taksub sehingga tergamak melemparkan kata-kata hina terhadap penyanyi lain di media sosial.
Bagi saya, dia (Noraniza) adalah seorang legenda.
Jujur saya sangat sedih dan bergenang air mata saya.
Terkejut dengan segelintir peminat macam itu.
Dalam masa sama, Shiha berkata dia sentiasa mengingatkan peminat supaya lebih berhemah ketika meninggalkan komen di media sosial, terutamanya apabila melibatkan artis lain.
Baginya, kata-kata yang ditulis di ruang komen boleh memberi kesan kepada orang lain.
Saya faham ada penyokong yang obses, tapi kena ada batasnya.
Sebelum buat apa-apa, kena fikir dahulu.
Saya memang selalu pesan dekat peminat untuk tidak komen toksik kepada penyanyi lain.
Memang saya akan beritahu mereka.
Itu tidak baik.
Sebelum ini, Noraniza dikecam netizen selepas berkongsi bahawa lagu yang paling diminatinya tahun ini ialah nyanyian Shiha, yang menurutnya sarat dengan elemen kemelayuan dan mampu menyentuh hati pendengar.
Menurut Noraniza, lagu raya sepatutnya tidak terlalu mengikut eksperimen muzik atau trend terkini kerana genre ini memiliki identiti dan jiwa tersendiri yang unik.








