
Pendakwah bebas, Aiman Banna menegur tindakan segelintir pasangan kekasih yang memilih untuk berbuka puasa bersama-sama di khalayak ramai.
Artikel Berkaitan: Dakwa Dajjal Handsome Mirip Nabi Isa, Aiman Banna Cetus Kontroversi Lagi
Maksiat

Menerusi perkongsian di Threads, Aiman atau nama sebenarnya Mujahid Aiman Rumawi berkata perbuatan itu dianggap sebagai maksiat dan berdosa.
Iftar dengan boyfriend girlfriend, iftar date ialah maksiat dan berdosa.
Seharian berpuasa, kemudian buka puasa dengan maksiat yang dibuat secara terbuka depan orang lain.
Menurut Aiman, perbuatan tersebut juga antara dosa yang tidak diampunkan kerana dibuat secara terang-terangan.
Tahu tak, antara dosa yang tidak diampunkan ialah dosa yang dibuat secara terbuka.
Dosa yang dibuat terbuka, tidak diampunkan, dinamakan Mujahirun. Bukan saya kata, Nabi yang kata.
Sumber: Threads







![[VIDEO] Anak 1 Tahun 6 Bulan Ditinggalkan Sendiri, Ayah Pantau Guna CCTV Ketika Bekerja](https://asset.ohbulan.com/2026/07/anak-2-tahun.jpg)
