Bulan Ramadan sering menjadi waktu terbaik untuk berkongsi rezeki dan mengeratkan hubungan sesama komuniti.

Sempena bulan penuh keberkatan ini, Grab Malaysia menganjurkan beberapa inisiatif di bawah kempen #GrabBersamaMalaysia yang menghimpunkan kakitangan Grab, rakan pemandu dan penghantar, rakan peniaga serta komuniti setempat.

Daripada memulihkan ruang komuniti, berkongsi juadah berbuka puasa hinggalah meraikan keluarga rakan pemandu, inisiatif ini dijalankan di pelbagai lokasi seluruh negara bagi menyemarakkan semangat kebersamaan sepanjang Ramadan.

Gotong-royong pulihkan Surau Nur Ramadhan

Salah satu usaha utama yang dijalankan ialah memulihkan Surau Nur Ramadhan di Kampung Paya Seberang, Hulu Langat.

Surau komuniti ini sebelum ini dilihat dimamah usia. Melalui semangat gotong-royong, kakitangan Grab bersama rakan pemandu dan penghantar serta penduduk kampung berganding bahu mengecat dan membaiki ruang tersebut.

Inisiatif ini turut dijalankan dengan kerjasama GXBank, Jaya Grocer dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi memastikan surau tersebut kembali selesa digunakan oleh komuniti setempat sepanjang Ramadan dan seterusnya.

Menurut Pengarah Operasi Negara & Mobiliti Grab Malaysia, Rashid Shukor, usaha ini mencerminkan semangat #GrabBersamaMalaysia apabila komuniti berganding bahu membantu antara satu sama lain.

Hampir 10,000 bubur lambuk diagihkan

Selain projek pemulihan surau, Grab turut meneruskan tradisi berkongsi juadah berbuka puasa.

Bersama rakan pemandu dan penghantar, hampir 10,000 paket bubur lambuk disediakan dan diagihkan kepada komuniti di 16 lokasi seluruh negara, dari Kota Bharu hingga ke Sandakan.

Inisiatif ini bertujuan membawa tradisi berkongsi juadah panas ketika waktu berbuka kepada masyarakat setempat.

Iftar khas bersama rakan pemandu & keluarga

Grab juga menganjurkan majlis iftar khas di Lembah Klang bagi meraikan rakan pemandu dan penghantar bersama keluarga mereka.

Dengan kerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor, kanak-kanak yang hadir menerima duit raya manakala keluarga turut diberikan barangan keperluan harian daripada Jaya Grocer.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan keluarga kepada rakan pemandu dan penghantar yang membantu menggerakkan ekonomi digital setiap hari.

Filem Ramadan ‘Sabar’s on the Way’

Semangat Ramadan ini turut dipaparkan dalam filem jenama Grab Malaysia berjudul “Sabar’s on the Way.”

Filem berbentuk muzikal komedi ini diilhamkan daripada kisah tular melibatkan seorang rakan penghantar Grab bernama Sabar. Ia menampilkan olahan lagu klasik “Tunggu Sekejap” yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Kisah tersebut menggambarkan cabaran yang dihadapi rakan penghantar ketika menyempurnakan pesanan pelanggan, sambil menyampaikan mesej bahawa sedikit kesabaran dan kebaikan boleh memberi makna besar.

Inisiatif seperti #GrabBersamaMalaysia, Grab Malaysia terus memperkukuh hubungan dengan komuniti, sambil menyokong rakan pemandu, penghantar dan keluarga mereka sepanjang bulan Ramadan.

Tonton ‘Sabar’s on the Way’ & ketahui lebih lanjut tentang #GrabBersamaMalaysia

Kalau korang nak tonton kisah penuh “Sabar’s on the Way”, filem tersebut boleh ditonton sekarang di YouTube, Instagram dan Tiktok rasmi Grab Malaysia.

Untuk info lanjut tentang inisiatif #GrabBersamaMalaysia, korang juga boleh ikuti perkembangan Grab Malaysia di platform media sosial rasmi mereka.