Hantaran terbaharu personaliti media sosial, Umisya Mazlan di TikTok mengundang perhatian orang ramai

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Umisya Sedih Anak Jadi Mangsa Kecaman Netizen – ‘Mereka Tak Bersalah’

Artikel Berkaitan: ‘Berpada Dalam Percakapan, Cukuplah Apa Yang Saya Telan Selama Ini’ – Umisya Mazlan

‘Yang tak rasa takkan faham’

@_umisyamazlan

“Hidup tidak pernah berjanji adil, tapi selalu memberi pelajaran”.

♬ original sound – _umisyamazlan – _umisyamazlan

Menerusi perkongsian itu, Umisya memuat naik video memaparkan dirinya sedang berborak dengan suaminya, Aslam.

Bagaimanapun perhatian warganet lebih tertumpu kepada Umisya apabila dia menulis ayat yang seolah-olah menggambarkan perasaan hatinya pada ketika itu.

Singkat saja, yang tak rasa takkan faham.

Hidup tidak pernah berjanji adil, tapi selalu memberi pelajaran.

Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian orang ramai yang rata-rata seakan-akan memahami perasaan wanita itu.

Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, seorang individu memuji Umisya kerana masih bertahan dalam hubungan meskipun mengalami beberapa pengalaman yang tidak menyenangkan dalam kehidupannya.

Namun, Umisya menafikan dirinya mempunyai kekuatan tersebut, malah menyatakan bahawa dia hanya mengikut ketentuan yang telah ditetapkan olehnya.

Saya tak kuat, saya ikut alur masa dan jalan saja.

Sumber: TikTok