
Pelakon Toh Puan Syamim Freida meluahkan rasa syukur apabila berjaya menamatkan bacaan al-Quran pada malam ke-27 Ramadan baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Ada Juga Yang Sampai Ugut Nak Simbah Asid’ – Syamim Freida Dikecam Kerana Bawa Watak Jahat
Artikel Berkaitan: ‘Saya Belum Pernah Makan Orang, Jangan Risau Untuk Approach Saya Tau’ – Syamim Freida
Syamim berjaya khatam Al-Quran

Menerusi hantaran di Instagram Story, pemilik nama Syamim Mohd Farid, 35, berkata pencapaian tersebut jatuh pada tarikh yang sama dengan sambutan ulang tahun ke-10 perkahwinannya.
Pada malam ke-27 Ramadan, saya berjaya khatam al-Quran dan ia jatuh pada ulang tahun perkahwinan kami yang ke-10.
Aktres ini menyifatkan detik berganda itu sebagai satu nikmat yang sangat besar buat dirinya dan suami.
Alhamdulillah atas setiap nikmat setiap ujian dan setiap detik yang membawa kami ke sini.
Dalam kesempatan itu, Syamim turut mendoakan agar ikatan perkahwinan yang dibina selama sedekad itu terus dipelihara dan diberkati.
Semoga Allah terus membimbing kami, melindungi cinta kami dan mengisi kehidupan kami dengan keberkatan.
Untuk rekod, Syamim mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Ezrique Ezzuddean Tengku Ardy Esfandiari Al-Hajj pada 19 Mac 2016.
Sumber: Instagram Syamim Freida








