![[VIDEO] ‘Disebabkkan Abang Ini, Isteri Saya Selamat Bersalin’ – Penunggang Motosikal Bantu Buka Laluan Dari Rembau Ke Hospital Seremban](https://asset.ohbulan.com/2026/03/New-Latest-Default-Image-2026-03-26T094112.948.png)
Seorang individu terhutang budi dengan seorang penunggang motosikal yang bertindak mengiringi kenderaannya bagi membuka laluan dari Rembau hingga ke Seremban demi memastikan isterinya sempat mendapatkan rawatan untuk bersalin.
Artikel Berkaitan: Isteri Alif Satar Selamat Bersalin, Timang Cahaya Mata Keempat Pada 2 Syawal
Bantu buka laluan

Menerusi video yang tular di media sosial, lelaki berkenaan merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada individu terbabit yang tampil membantu dalam saat genting itu.
Pertama sekali, saya nak ucapkan ribuan terima kasih buat abang yang bantu saya pada malam 23 Mac 2026 iaitu pada hari raya ketiga.
Terima kasih sebab abang yang bantu eskot saya dari Rembau hingga ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Terima kasih juga kepada pemandu kereta yang lain yang beri kerjasama. Hanya Allah sahaja yang dapat balas kebaikan semua.
Dalam pada itu, individu tersebut turut memanjatkan rasa syukur apabila isterinya selamat tiba di hospital tepat pada masanya dan melahirkan cahaya mata mereka.
Pada masa sama, dia juga meminta bantuan orang ramai untuk mencari penunggang motosikal tersebut untuk membalas jasanya.
Isteri saya selamat tiba di hospital. Disebabkan abang ini, isteri saya selamat melahirkan anak saya.
Siapa yang mengenali abang ini ataupun tuan badan sendiri menonton video ini tolong DM saya.
Perkongsian tersebut menyentuh hati ramai apabila rata-rata wargamaya memuji tindakan penunggang motosikal berkenaan selain mendoakan agar segala kebaikan yang dilakukan dibalas dengan ganjaran berlipat kali ganda.
Video
Sumber: TikTok








