Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Pinn Yang tampil memberi semangat kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang meraih keputusan kurang cemerlang.

Artikel Berkaitan: Pinn Yang Sumbang RM30,000 Buat Persatuan Cinta Gaza

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Belikan Dia Kereta Sebagai Hadiah’ – Anak Madammu Raih 8A 1B+ Dalam SPM

Kata semangat

View on Threads

Menerusi hantaran di Threads, Pinn Yang berkongsi keputusan yang diperoleh dahulu sehingga membuatkan dirinya berasa ketinggalan berbanding rakan-rakan yang memperoleh keputusan lebih cemerlang.

Bagaimanapun, usahawan berusia 32 tahun itu menegaskan bahawa keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak menjamin masa depan yang cerah.

Saya cuma dapat 1 A saja untuk SPM dulu. Rasa macam ketinggalan jauh dalam hidup.

Tapi bila tengok balik, itu sebenarnya baru garis permulaan.

Apa yang anda buat selepas itu adalah lebih penting.

Cari minat, belajar skill baru dan mula.

SPM bukan pengakhiran

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata calon SPM berterima kasih atas kata semangat yang diberikan untuk meneruskan pelajaran ke peringkat seterusnya.

Selain itu, warganet turut bersetuju dengan kenyataan Pinn Yang yang menegaskan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bukan penentu keseluruhan kehidupan.

Sumber: Threads @pinn_yang