Pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Abang Korea meminta segelintir netizen agar menghentikan sikap memandang rendah dan mengutuk golongan lelaki lembut.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ramai Tanya Kenapa Saya Lembut?’ – Aliff Syukri

Jangan kutuk lelaki lembut

Menerusi satu hantaran di TikTok, Abang Korea meluahkan pandangannya secara terbuka, sekali gus mempertahankan golongan tersebut daripada terus menjadi bahan kecaman.

Kau kutuk lelaki lembut cakap macam nak jadi ketua keluarga dan bagaimana mahu pimpin keluarga.

Macam ini lah, yang mengutuk itu kau adakan dulu generasi kau. Bila kau dah ada generasi sendiri dan anak, baru tahu.

Aku nak bagitahu kau, tak semestinya badan sado (sasa), berpendidikan tinggi dan belajar sampai luar negara, tidak semestinya sikap kita lebih elok daripada orang lain.

Dalam masa sama, Abang Korea turut menegaskan bahawa sikap dan tanggungjawab seseorang individu tidak boleh diukur berdasarkan penampilan semata-mata.

Tambahnya, ramai dalam kalangan lelaki lembut sebenarnya mempunyai kelebihan tersendiri, termasuk dalam menjaga hubungan kekeluargaan serta mencari rezeki.

Majoriti lelaki lembut lebih pandai jaga hubungan dengan keluarga. Mereka lebih pandai cari duit berbanding dengan orang yang konon sado.

Kau janganlah kutuk lelaki lembut tidak pandai jadi ketua keluarga. Sebab aku risau satu hari nanti, bila kau tumbang (meninggal dunia), lelaki lembut inilah mungkin yang akan mandikan kau.

Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya, dengan rata-rata bersetuju dan menyokong pandangan yang disampaikan.

Malah, ada juga yang berpendapat setiap individu mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak wajar dinilai hanya melalui stereotaip atau persepsi sempit semata-mata.

Sumber: TikTok