
Pelakon, Amar Baharin berkongsi momen menyentuh hati apabila anak sulungnya, Aqeef Anaqi mula menunjukkan minat untuk berpuasa enam pada bulan Syawal.
Artikel Berkaitan: Amyra Rosli Kongsi Amar Baharin Sudah Ada Hobi Baru – ‘Tanam Sayur, Mungkin Dia Rasa Dunia Sekarang Perlu Berjimat’
Artikel Berkaitan: ‘Tenang, Sederhana & Penuh Kasih’ – Amyra Rosli & Amar Baharin Ikon Keluarga Ideal
Jangan suruh
View on Threads
Menurut Amar, keinginan anaknya itu timbul secara semula jadi selepas melihat ahli keluarga yang lain konsisten melakukan ibadah tersebut.
Amar menegaskan dalam fasa tumbesaran, anak-anak cenderung menjadi ‘pemerhati’.
Gigih abang (nama panggilan Anaqi) nak puasa enam sebab tengok keluarga buat, dia pun nak buat. Siap tunggu hari minggu.
Jangan suruh, tunjuk. Dalam tumbesaran anak, anak memang belajar dari apa dia nampak, bukan apa dia dengar.
Awak buat, dia ikut.
Dalam masa yang sama, Amar turut berkongsi kelebihan puasa enam Syawal kepada Anaqi bagi membakar semangatnya.
Saya ada juga cerita hadis kelebihan puasa enam hari selepas puasa Ramadan, umpama puasa 1 tahun.
Lagi tambah semangat dia.
Perkongsian itu kemudiannya menyorot perhatian orang ramai yang rata-ratanya memuji kesungguhan Anaqi dalam menjalani ibadah puasa enam itu.
Sumber: Threads








