Apa saja yang dikongsikan mengenai penyanyi nombor 1 Malaysia iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza, pasti menjadi perhatian ramai. Walaupun sudah banyak kali media cuba ‘mengorek’ rahsia tentang berita kehamilan, Dato Siti Nurhaliza masih lagi mengambil pendekatan berdiam diri.
Baru-baru ini, personaliti media sosia, Dr Shazril dijemput ke majlis ulang tahun kelahiran pelakon Izara Aishah di kediaman penyanyi terkenal itu. Dr Shazril juga berpeluang mengambil gambar bersama Dato Siti Nurhaliza dan Datuk K. Apa yang menjadi tumpuan netizen adalah penyanyi itu kelihatan semakin ‘berisi’.
‘Dato Siti pregnant ke tu?’
Sementara itu, Dr Say turut berkongsi momen indah bertemu dengan penyanyi kesayangan ramai itu dan berkesempatan menyanyi bersamanya. Ada segelintir peminat perasan penyanyi itu semakin ‘berisi’ dan nampak baby bump.
‘Macam berisi sikit’
Mungkin ramai tertanya-tanya apa tujuan Dr Shazril dijemput ke kediaman penyanyi itu. Walau bagaimanapun, dia tidak mendedahkan tujuan sebenarnya ke sana dan hanya memenuhi jemputan sahaja.
Tokti nampak berisi
Masih menjadi teka-teki sama ada penyanyi wanita itu kini sedang hamil anak kedua atau pun sebaliknya. Setakat ini, Siti Nurhaliza belum mengeluarkan apa-apa kenyataan atau status mengenai berita tersebut.
Sumber: Dr Shazril