Pendakwah selebriti Asma’ Harun tampil bersuara susulan fenomena artis veteran yang dilihat kembali aktif membuat persembahan di pentas hiburan selepas sekian lama menyepi.

Artikel Berkaitan: ’24 Jam Allah Beri Sebenarnya Cukup, Cuma Manusia Buang Masa Sibuk Perihal Orang Lain’ – Ustazah Asma’ Harun

Artikel Berkaitan: ‘Keputusan SPM Bukan Penamat, Sebaliknya Hanya Satu Fasa Dalam Perjalanan Hidup’ – Ustazah Asma’ Harun

Makin ramai artis veteran kembali beraksi

View on Threads

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Ustazah Asma dilihat seakan memberi teguran secara halus kepada artis veteran yang memilih untuk kembali aktif di dunia seni.

Selain itu, Ustazah Asma turut menegur program hiburan yang melibatkan anak selebriti membuat persembahan secara umum.

Makin ramai artis veteren kembali beraksi di Pentas, permulaan baru di hujung usia katanya.

Anak artis pun sama, siap program khas.

Bagaimanapun, Ustazah Asma menyifatkan perkara itu sebagai satu ujian buat individu yang terlibat, selain menitipkan doa agar lebih ramai umat Islam terus diberikan hidayah untuk memilih jalan Allah.

Itulah ujian untuk mereka, kita juga ada ujian, semoga kita istiqamah dalam Hidayah Allah sampai akhir nafas.

Reaksi netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa syukur atas teguran yang diberikan sekali gus berharap agar menjadi asbab untuk menjadi hamba Allah yang lebih baik.

Sumber: Threads @ustazahasmaharun