Pelakon, Aedy Ashraf menyifatkan Azira Shafinaz sebagai pelakon wanita yang paling cantik di Malaysia.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Mungkin Tak Dapat Hadiahkan Ibu Segulung Ijazah…’ – Luahan Aedy Ashraf Undang Perhatian

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aedy Ashraf Mahu Wanita ‘Simple’ Sebagai Isteri – ‘Saya Nak Keluarga Yang Tak Pernah Ada’

Pelakon wanita paling cantik

@sembangseram

Yess cantik tu kan subjektif. Btw Aedy sebut nama aku weyy pelakon lelaki hensem kat Malaysia 😆🙈 #aedyashraf #sembangseram #podcast #horrorstory #ceritaseram

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Menerusi perkongsian di TikTok, Aedy atau nama lengkapnya Mohammad Addy Ashraf Rosmadi, 33, berkata baginya kecantikan bukan sahaja dinilai daripada paras rupa.

Saya rasa Azira Shafinaz ada perwatakan dan bentuk muka yang sangat menarik sebagai seorang wanita Melayu.

Cantik itu subjektif, tapi bagi saya apa yang lebih berkualiti daripada cantik adalah perwatakan dan personaliti seseorang.

Kalau luar daripada Malaysia saya suka Margot Robbie dan kalau lelaki paling kacak, Brad Pitt.

Sementara itu, ketika ditanya siapakah lelaki paling kacak, Aedy dengan cepat menamakan beberapa nama yang dikenalinya.

Ikhmal Amry dan Sky Iskandar. Amir Ahnaf ada keunikan dan air muka yang sangat menarik. Tapi saya rasa sekarang ni yang paling kacak adalah Syafiq Kyle.

Sumber: TikTok