![[VIDEO] ‘Cari Yang Obses Dengan Awak’ – Madammu Beri Tip Pilih Bakal Suami](https://asset.ohbulan.com/2026/05/madammu-19.jpg)
Usahawan dan personaliti media sosial terkenal, Madammu tampil berkongsi pandangan buat golongan wanita bujang dalam memilih bakal suami.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Madammu Dedah Asbab Bertudung, Nekad Jaga Air Muka Anak Lelaki – ‘Bila Dia Masuk Sekolah Agama, Saya Rasa Kesian’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Belikan Dia Kereta Sebagai Hadiah’ – Anak Madammu Raih 8A 1B+ Dalam SPM
Tips cari suami
Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, Madammu atau nama sebenarnya Eriyca Baiduri berpendapat bahawa sesebuah hubungan akan bertahan lebih lama apabila lelaki lebih menyayangi pasangannya.
Tambah Madammu, tidak mengapa sekiranya bakal suami tidak memiliki rupa paras atau kewangan yang stabil namun sikapnya yang positif perlu dijadikan keutamaan.
Cari yang betul-betul obses dengan awak. Biarlah buruk atau tidak berduit. Nanti boleh cari sama-sama.
Saya rasa salah satu punca suami saya murah rezeki sebab dia bagi semua benda yang saya nak.
Dalam pada itu, Madammu menyifatkan suaminya sebagai seorang yang sentiasa berusaha memenuhi impiannya sekali gus percaya perkara itu menjadi asbab rezeki suaminya semakin luas.
Dia tak pernah rasa saya ini satu bebanan. Kalau orang lain dengar mungkin mereka akan stres ada isteri macam saya.
Sebab saya pula jenis yang berimpian besar. Suami saya tak kedekut.
Kena percaya pada rezeki. Jangan berkira dengan isteri.
Sumber: TikTok @Faraaennoir







