
Anak kepada Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa, iaitu Aazief Khalid tampil bersetuju dengan kenyataan yang dibuat pempengaruh media sosial, DMA Islam.
Artikel Berkaitan: Aazief Khalid Dedah Siti Nurhaliza Kerap ‘Shopping Online’ – ‘Setiap Hari Ada Benda Baru, Dia Akan Hulurkan Kepada Mangsa Terdekat’
Artikel Berkaitan: Aazief Khalid Dedah Siti Nurhaliza Tak Pernah Tolak Permintaan Peminat – ‘Makanan Dah Dekat Atas Sudu Pun Orang Boleh Datang Minta Bergambar’
Lelaki miskin

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, DMA Islam atau nama sebenarnya Danial Mirza dilihat memberi pendapat mengenai lelaki yang menjadi seorang ‘provider’.
Menurut DMA, tiada salahnya bagi seorang lelaki memainkan peranan seperti suami dari segi perbelanjaan meskipun hubungan itu belum sah sebagai suami isteri.
Lelaki yang kata jangan buat tanggungjawab seorang suami terlalu awal sebenarnya lelaki miskin yang tunggang agama.
Kahwin hanyalah sosial kontrak. Kau sebagai lelaki sepatutnya dah ada niat untuk sara dia.
Bab duit pandai pula guna agama. Habis itu yang kau bercinta apa pula?
Bagaimanapun, ciapan tersebut meraih perhatian anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza yang menyokong kenyataan tersebut.
Menurut Aazief, seorang lelaki seharusnya menanam niat untuk menyara sepenuhnya wanita yang dibawa keluar selain sentiasa menjaga adab serta menghormati pasangan.
Awak betul sepenuhnya.
Kalau bukan miskin duit, miskin adab. Sanggup bawa keluar anak orang padahal tiada niat untuk menjadi seorang provider.
Sumber: Threads @aaziefkhalid








