
Penyanyi dan pelakon, Shiha Zikir meluahkan hasrat untuk menghadiahkan sebuah lagu khas kepada Adrian Adam, iaitu anak kepada pelakon, Amyza Adnan.
Artikel Berkaitan: Selepas 30 Minit Muncul Atas Pentas, Anak Amyza Aznan Dilamar Komposer Untuk Ada Lagu Sendiri
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Satu Lagi Perjalanan Baru Akan Bermula’ – Hantaran Shiha Zikir Cetus Tanda Tanya
Nak bagi lagu
View on Threads
Menurut pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir, 38, keputusan itu dibuat selepas dia menonton persembahan tulus Adrian dalam program Talk To My Manager 2 (TTMM2) baru-baru ini.
Kata Shiha, vokal yang ditampilkan oleh remaja itu benar-benar menyentuh hatinya sehingga dia terus menghubungi pihak keluarga Adrian sejurus tamat persembahan.
Lepas tengok persembahan Adrian, terus Shiha hubungi untuk hadiahkan lagu. Sedap suaranya.
Alhamdulillah Shiha terima maklum balas yang positif dari pihak mereka.
Shiha berkata dia pernah berniat menghasilkan lagu buat Allahyarham Andre namun tidak sempat merealisasikannya sebelum ini.
Semoga Shiha dapat realisasikan kali ni sebab sebelum ni Shiha tak sempat nak realisasikan untuk salah seorang ahli keluarganya.
Kadang hidup ni lebih bermakna bila dapat buat orang lain bahagia.
Sumber: Threads








