
Pelakon, Zara Zya tampil menegaskan bahawa tidak semua individu dalam industri hiburan bersikap negatif.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Situasi Itu Menakutkan’ – Zara Zya Bongkar Sisi Gelap Industri Hiburan, Terkejut VVIP Tunggu Dalam Bilik Hotel
Artikel Berkaitan: Zara Zya Sedang Kenali Seseorang? Pilih Kunci Mulut Soal Cinta – ‘Berkawan Itu Ada Tapi..’
Perlu pandai jaga diri

Menerusi satu hantaran di Threads, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40, berpandangan setiap pekerjaan pasti mempunyai sisi gelap tersendiri.
Tambahnya lagi, suasana bekerja akan menjadi lebih menyenangkan sekiranya bertemu dengan individu yang ikhlas dan baik.
Tak semua orang dalam industri ini tidak baik.
Apa-apa pekerjaan pun ada dark side juga.
Kalau jumpa orang yang ikhlas dan baik, kita enjoy sahaja dalam industri ini.
Maksudnya happy lah bekerja.
Dalam masa sama, aktres drama ‘Sumpah Ibuku’ itu turut menitipkan nasihat agar sentiasa bijak menjaga diri serta tidak mudah terpengaruh dengan hasutan yang boleh memudaratkan.
Yang penting, kena pandai jaga diri dan jangan cepat termakan hasutan syaitan.
Terdahulu, Zara mendedahkan sisi gelap industri hiburan yang pernah dilaluinya.
Sumber: Threads








