
Personaliti media sosial, Hajar Hanif menafikan dakwaan bahawa dirinya mudah mencari pengganti mahupun melepaskan rumah tangga yang pernah dibina bersama.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hajar Hanif Anggap Lelaki Punca Rumah Tangga Jadi Bosan
Artikel Berkaitan: Hajar Hanif Nak ‘Move On’, Enggan Ulas Dakwaan Suami Baru ‘Nakal’ – ‘Masing-Masing Ada Kisah Silam’
Senang dapat jodoh?
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram (IG), Hajar berkongsi kata-kata negatif yang diterimanya daripada daripada golongan lelaki sehingga ada yang tergamak melabel dirinya sebagai wanita ‘bodoh’.
Tegas Hajar Hanif atau nama penuhnya Siti Hajar Mohd Hanif, tiada wanita yang mendirikan rumah tangga mengimpikan pengakhiran dengan perceraian.
Ada orang kata saya senang dapat jodoh dan senang melepaskan juga. Dari mulut netizen lelaki.
Tiada siapa nak kahwin untuk bercerai. Perempuan nak buat keputusan itu berfikir sejuta kali.
Mereka label saya bodoh. Mulut lelaki sekarang kalah perempuan ya.
Hanya kami berdua yang tahu kenapa. Kami masih berkawan baik, saling menghormati dan berdamai dengan takdir.
Ada yang bercerai tetapi bersatu semula selepas beberapa tahun, ada yang jumpa lebih baik. Kita tak tahu masa hadapan.
Dalam pada itu, Hajar memaklumkan setiap individu mempunyai ujian rumah tangga tersendiri, sekali gus menegaskan ianya bukan tiket untuk dihakimi oleh orang awam.
Ujian semua orang lain. Hanya kerana dia tak diuji dengan perkahwinan, mudah saja untuk menilai.
Apa pun yang terjadi, ada hikmah masing-masing untuk baiki diri mana yang patut.
Sekarang saya hanya fokus pada karier dan keluarga saya. Sibukkan diri dengan dunia bekerja dan lain.
Sumber: Instagram @hajarhanifofficial






![[VIDEO] ‘Tak Perlu Terlalu Lama’ – Jaja Ishak Nasihat Noorkhiriah Jangan Larut Dengan Kekecewaan](https://asset.ohbulan.com/2026/08/jaja-ishak-noorkhiriah.jpg)

