Anak kepada pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah iaitu Audra Zulkifli berkongsi dia memilih untuk bekerja pada usia muda kerana mahu membalas jasa kedua ibu bapanya.

Artikel Berkaitan: Sharifah Shahirah Akui Tertekan Tapi Tak Halang Audra Aktif Di Media Sosial – ‘Saya Kena Faham Ini Cara Mereka’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Odah..Kalau Dah Jadi Artis Nanti, Jangan Jadi Penyondol’ – Sharifah Shahirah Nasihat Anak

Cari rezeki untuk ibu bapa

@cloudya.na

semoga Allah murah kan rezeki awak lagi odda … gais doa kan single pertama odda akan kuar tak lama lagi dipermudah kan urusan ya 💗💗 | @Odda🩷🔥 | #allaboutodda #allaboutyou #parents #trending #fyppppppppppppppppppppppp

♬ original sound – ⊹₊ ⋆ about.odda ⋆ ₊⊹ – ⊹₊ ⋆ about.odda ⋆ ₊⊹

Menerusi potongan klip daripada siaran langsung (live), Audra atau mesra dipanggil Oddah, 17, berkata dia mahu teruskan bekerja untuk membantu kedua ibu bapanya.

Saya memang nak buat duit. Nak cari rezeki untuk ibu bapa saya.

Apa-apa yang saya hutang dengan ibu bapa, saya boleh bayar semula.

Pagi saya belajar, kemudian selepas habis belajar saya terus pergi shoot. Perkara itu tidak senang.

Bercerita lanjut, Oddah berkata dia kini mengikuti pembelajaran secara homeschool dan sedang membuat persiapan untuk menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Oddah turut berkongsi bahawa sasarannya adalah untuk memperoleh keputusan cemerlang dengan meraih straight A dalam peperiksaan tersebut.

Saya sebenarnya masih belajar untuk mengambil SPM. Saya berhenti sekolah sebab banyak kerja tetapi saya masih homeschool dan masih nak ambil SPM.

Saya rancang, keluarkan single, ambil SPM dan ambil lesen memandu.

Saya ni lemah dalam pelajaran. Kalau saya pergi sekolah pun, kadang-kadang tak pergi.

Jadi sebab itu saya memilih untuk homeschool supaya dapat tumpukan perhatian dalam pelajaran.

Sumber: TikTok