Di Twitter, seorang gadis menerima kecaman netizen kerana dianggap tidak profesional ketika berurusan dengan pegawai polis. Menerusi video viral tersebut, gadis ini dipercayai mahu membawa kucing peliharaannya yang sakit ke klinik veterinar.
Walau bagaimanapun, dia diminta menunjukkan surat kebenaran pergerakan oleh pegawai polis yang bertugas.
Viral di Twitter
Gadis ini memohon maaf sekiranya dia dilihat bersikap biadap dengan pegawai polis bertugas. Menurutnya, video viral berkenaan telah dirakam oleh adik tanpa pengetahuannya. Malah, adiknya juga telah memuat naik video tersebut ke TikTok sehingga mendapat lebih 50k tontonan.
Gadis ini juga memahami polis hanya menjalankan tugas disebabkan itu dia telah memohon maaf berkali-kali. Dia turut memaklumkan telah membuat temu janji dengan klinik veterinar dan merasakan dia mempunyai sebab yang kukuh untuk membolehkannya ke klinik.
Tidak ke klinik, pulang ke rumah
Menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, gadis ini berkata dia diminta berhenti di tepi jalan untuk pemeriksaan. Dia juga mahu menunjukkan jadual temu janji serta lokasi klinik veterinar tersebut namun ditolak oleh polis.
Dia sama sekali tidak menyalahkan polis malah berkali-kali meminta maaf. Dia juga meminta maaf kerana tidak bersikap profesional apabila menggunakan panggilan ‘I dan You’. Menurutnya lagi, dia segera menukar panggilan kepada ‘Encik dan saya’ sejurus menyedari kesilapannya.
Sumber: Sofia