![[VIDEO] Izzue Islam Bantu Penjual Kek Lapis, Kumpul Dana Tampung Kos Rawatan Anak](https://asset.ohbulan.com/2026/06/izzue-2.jpg)
Selebriti terkenal Izzue Islam, tampil membantu seorang individu yang dikenali sebagai Mohamed Haffiez Mansor Taridi yang memerlukan sejumlah wang untuk menampung kos rawatan anaknya.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Perlukan RM10,000’ – Bapa Mohon Bantu Beli Kek Lapis, Kumpul Dana Rawatan Anak Sakit Jantung Kronik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Hadiahkan Izzue Islam Kereta Nissan GT-R Sempena Birthday & Anniversary, Netizen Turut Terharu – ‘Rezeki Di Atas Kesetiaan’
Izzue hulur bantuan
Menerusi perkongsian di TikTok, Izzue bersama isterinya, Awin Nurin dilihat berkesempatan bertemu dengan Haffiez.
Semasa pertemuan tersebut, Haffiez turut berkongsi mengenai penyakit yang sedang dihadapinya dan ujian kesihatan yang menimpa anak perempuannya.
Nama penyakit itu adalah haglund deformity, rasa macam ada jarum dekat bawah tapak kaki saya.
Lembaga zakat sangat membantu tetapi anak saya ini setiap bulan kena masuk hospital.
Tapi Alhamdulillah, saya dapat jual kek lapis untuk tampung kos ini. Dapat membantu urusan anak saya.
Pemilik nama Muhammad Izzul Islam Mazlan, 36, itu kemudian menghulurkan bantuan berupa wang tunai kepada Haffiez.
Teruskan semangat, semoga dipermudahkan segala urusan.
Bukan itu sahaja, difahamkan Izzue juga turut membantu menginfakkan kek lapis tersebut kepada orang ramai.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan pertolongan yang diberikan oleh Izzue kepada Haffiez.
Dalam masa sama, mereka memuji pelantun lagu Berdua Bersatu ini kerana berkongsi rezeki dan meringankan beban insan yang memerlukan.
Terdahulu, Haffiez memohon bantuan orang ramai supaya membeli jualan kek lapis miliknya bagi menampung kos rawatan anaknya, Qaireen Adriana Tihani yang menghidap penyakit jantung kronik.
Difahamkan, Qaireen Adriana Tihani disahkan menghidap penyakit jantung sejak dilahirkan dan tujuh bulan pertama kehidupannya terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).
Sumber: TikTok








