![[VIDEO] Isteri Achey Kembali Jalani IVF, Bimbang Kecewakan Tiara – ‘Mama Ingat Lagi, Awak Sedih Sampai Tak Nak Makan’](https://asset.ohbulan.com/2026/06/anne2.jpg)
Isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya, memaklumkan dirinya sekali lagi menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Isteri Achey Disamakan Dengan Marissa Dania, Netizen Terpukau Tengok ‘Full Makeup’ – ‘Hampir Tak Kenal’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kedua-Dua Tiub Fallopian Terpaksa Dipotong’ – Achey Kongsi Pengorbanan Isteri Untuk Dapatkan Zuriat
Rawatan IVF
Menerusi perkongsian di Instagram, Nor Hasanah atau mesra di sapa Anne memuat naik video anak angkat mereka, Tiara yang sedang bertanyakan tentang bayi kepadanya.
Keinginan Tiara untuk memiliki adik bagaimanapun telah mencetuskan rasa bimbang terhadap Anne yang gusar andai rawatan kali ini gagal.
Tiara balik sekolah terus tanya baby.
Mama takut sebenarnya, takut kakak terlalu berharap nak adik. Mama takut kecewakan kakak lagi.
Mengimbas kembali ketika rawatan terdahulu, Anne berkongsi bahawa Tiara sangat kecewa selepas mengetahui proses berkenaan gagal.
Walau bagaimanapun, Anne dan Achey kali ini akan tetap berusaha untuk merealisasikan impian mereka mempunyai zuriat.
Mama ingat lagi tahun 2022 awak sedih sampai tak nak makan sebab baby tak jadi (gagal rawatan IVF).
Mama dan ayah usahakan selagi kami mampu ya sayang, kami sayang awak sangat-sangat.
Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami.
Untuk info, Anne dan Achey mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mereka mengambil seorang anak angkat bernama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.
Sumber: Instagram






![[VIDEO] Khairul Aming Pilih Untuk Tak Beli ‘Souvenir’ Ketika Bercuti – ‘Kadang Kesian Tengok Ada Yang Tertekan Nak Cari Cenderahati’](https://asset.ohbulan.com/2026/09/KA-27.jpg)

