Seorang wanita terkesima apabila seorang lelaki yang dipercayai suami orang yang ditemui pada aplikasi mencari jodoh memberikan alasan yang tidak masuk akal untuk curang dengan isterinya.

Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Tengah Tak Berduit, Selalunya Akan Sayang Perempuan Yang Beri Kesenangan’ – Zarina Anjoulie

Alasan curang

Wanita itu memuat naik tangkap layar yang memaparkan perbualannya bersama lelaki tersebut.

Dalam perbualan itu, wanita tersebut menasihati lelaki itu agar tidak berlaku curang dengan isterinya.

Setia lah bang, buat penat kumpul duit nak kahwin. Akhirnya curang, kan dah membazir.

Bagaimanapun, jawapan yang diberikan oleh lelaki itu sangat mengejutkan hingga mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Lelaki itu tanpa rasa malu menyatakan dia tidak berasa rugi untuk berlaku curang kerana kos yang dikeluarkan untuk berkahwin dahulu sangat rendah.

Modal kahwin dulu RM2,000 saja, jadi tak kisah sangat.

Hasil perbualan itu, wanita tersebut membuat kesimpulan bahawa tidak salah bagi wanita meminta hantaran yang mahal.

Katanya, supaya dapat mengelakkan hantaran yang rendah daripada dipandang remeh sehingga dijadikan alasan oleh segelintir lelaki untuk tidak menghargai perkahwinan.

Sumber: Threads