Hantaran penyanyi Shila Amzah menyorot perhatian apabila rata-rata netizen menyedari perubahan pada fizikalnya yang kelihatan lebih langsing berbanding sebelum ini.

Artikel Berkaitan: Didiagnos Pembawa Talasemia, Shila Amzah Reda Tak Boleh Hamil Lagi – ‘Saya Impi Anak Ramai’

Artikel Berkaitan: ‘Ibu Bapa Memang Ditakdirkan Menjadi Narator Bagi Anak Autisme’ – Shila Amzah

Dah kurus

Menerusi hantaran di TikTok, Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 37, berkongsi rakaman memaparkan dirinya tampil berseri dalam persalinan serba putih.

Pada hantaran yang sama, Shila menyertakan kapsyen ringkas yang menyatakan dirinya kini lebih gemar memakai pakaian berwarna putih.

Saya suka pakai putih sekarang.

Bagaimanapun, hantaran tersebut meraih perhatian netizen yang memuji penampilan pelantun lagu Patah Seribu itu yang dilihat semakin kurus.

Reaksi netizen

Sumber: TikTok @shilaamzah