Penyanyi, Bunga Isme menyifatkan perubahan hormon menyebabkan wanita hilang semangat dalam menjalani kehidupan seharian.

Artikel Berkaitan: Mahu Fokus Karier Muzik, Bunga Isme Rancang Ada Anak Dua Tahun Lagi

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bunga Isme Akui Sudah Berkahwin Tahun Lepas – ‘Rezeki Datang Lebih Awal’

Wanita & hormon

View on Threads

Bercerita mengenai pengalamannya, Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari berkata perubahan hormon bukan sahaja berlaku secara bulanan, malah menjadi semakin ketara seiring dengan peningkatan usia.

Kalau perempuan memang senang hilang spark sebab setiap bulan kita kena hadap perubahan hormon.

Hormon kita pun akan makin berubah bila dah sampai umur tertentu.

Enggan membiarkan perkara itu menguasai dirinya, Bunga mendedahkan kini sedang mengamalkan rutin harian baharu bagi memastikan ‘body clock’ badannya kembali teratur.

Malah kata Bunga, dia juga melakukan senaman ringan untuk memastikan dirinya sentiasa kekal aktif.

Saya tengah cuba buat rutin baru, mungkin sebab body clock saya dah berubah.

Jadi, saya cuba bangun awal masa Subuh dan tak tidur balik. Saya buat senaman ringan (kemas rumah saja) janji berpeluh dan cuba dapatkan cahaya matahari pagi.

Sebab mengikut kajian, cahaya matahari pagi ni bagus untuk stabilkan semula jam badan, kortisol, dan mood kita.

Sumber: Threads