
Usahawan dan pempengaruh media sosial, Ayunie, meluahkan rasa syukur kerana masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan selepas melalui detik mencemaskan akibat komplikasi serius ketika melahirkan anak, pada Ahad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ryzal Ibrahim & Maryam Lawat Ayunie Di Hospital – ‘Jarang Tengok Dia Sakit Sampai Tahap Ini’
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Kongsi Ayunie Alami Komplikasi ‘Placenta Accreta’ – ‘Pakar Terpaksa Lakukan Pembedahan Kali Kedua & Buang Rahim’
‘Trauma, takut, sakit..’

Menerusi hantaran di Instagram Story, Ayunie atau nama lengkapnya Anes Ayunie memaklumkan dia kini sedang berusaha pulih daripada trauma yang dilaluinya.
Dalam kesempatan itu, dia turut memanjatkan rasa syukur kepada Allah SWT kerana masih dipanjangkan usia selepas melalui detik getir itu.
Allahu Akbar Allahu Rabbi. Tanpa kuasa-Mu aku tak mampu di sini lagi Ya Allah. Ya Allah. Hanya mampu ucap syukur masih hidup.
Trauma takut sakit tapi aku lalui dengan RahmatMu Allah.
Sebelum ini, Ayunie dilaporkan mengalami komplikasi placenta accreta selepas bersalin. Keadaan itu memaksanya menjalani pembedahan membuang rahim bagi menyelamatkan nyawanya selepas berdepan komplikasi serius ketika melahirkan cahaya mata pada Ahad.
Untuk rekod, Ayunie pernah mendirikan rumah tangga dengan adik usahawan Iqbal Zulkefli iaitu Weldan, pada 29 Februari 2021 sebelum bercerai pada November 2023.
Tiga bulan selepas cerai, Ayunie bertemu jodoh dengan usahawan Amirul Hakim.
Sumber: Instagram Ayunie






![[VIDEO] Shafiq Shaheen Jalin Kerjasama Dengan Jakel – ‘Saya Niat Nak Derma Duit Ini Kepada Tahfiz’](https://asset.ohbulan.com/2026/11/867784DB-BBEB-4B91-9D65-DEB7740D6202.jpeg)

