
Usahawan Datuk Seri Adnan Abu Bakar selamat bergelar suami kepada pilihan hati yang juga seorang usahawan, Rohanita di sebuah masjid hari ini.
Artikel Berkaitan: Datuk Red Sahkan Bakal Nikah Julai Depan Dengan Ibu Tunggal – ‘Bukan Majlis Besar-Besaran’
Artikel Berkaitan: Mahu Tamatkan Kemelut, Datuk Red Tarik Balik Kes Pengesahan Rujuk Terhadap Adira
Selamat bergelar suami

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di akaun rasmi TikToknya, Datuk Red, 46, dilihat mengenakan busana Baju Melayu serba putih lengkap bersama isterinya, Rohanita.
Siaran langsung itu meraih lebih 15,000 tontonan dengan rata-rata penonton menzahirkan rasa gembira serta mengucapkan tahniah kepada usahawan berusia 46 tahun itu.
Sebelum ini, Datuk Red mengesahkan dia bakal kembali berkahwin dalam majlis sederhana yang dihadiri keluarga terdekat.
Untuk rekod, Datuk Red bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Seri Sharifah Norshafila Hashim (Datin Red) dengan talak satu pada 13 Mei 2024.
Tidak lama kemudian, Datuk Red bercerai talak satu dengan Adira pada penghujung April 2024.
Terdahulu, Adira dan Datuk Red mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua sebelum bercerai pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7; Asan, 6; Anggun, 5; dan Ayob, 3.
Difahamkan, Rohanita, 35, merupakan ibu tunggal kepada seorang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu.








