
Penyanyi dan komposer, Isyana Sarasvati mengambil masa kira-kira setahun untuk menyiapkan album terbaharunya berjudul Eklektiko, yang disifatkan sebagai karya paling peribadi dalam perjalanan seninya.
Artikel Berkaitan: ‘Syukur Album Eklektiko Ada Sentuhan Vidi Aldiano, Saya Sentiasa Kenangkan Kolaborasi Ini’ – Isyana Sarasvati
Karya lahir dari hati

Ketika ditemui OhBulan!, Isyana, 33, menjelaskan bahawa istilah ‘dark’ yang dikaitkan dengan album terbaharunya itu merujuk kepada empat babak yang mewakili keseluruhan fasa kehidupan manusia, sekali gus mencerminkan pengalaman serta emosi yang pernah dilaluinya.
Lebih kurang setahun juga saya ambil masa untuk menyiapkan album Eklektiko ini dan sebenarnya yang digelar ‘dark’ itu kerana ada empat babak mewakili semua warna dalam kehidupan kita.
Ada terang, gelap, sepi dan suram yang keseluruhannya menggambarkan apa saya rasa sendiri,dan inilah namanya kehidupan.
Ia boleh jadi sesuai dengan karya yang saya cipta berdasarkan apa dialami dan dirasai untuk diterjemah dalam muzik.
Kalau kita amati sebetulnya kehidupan ini, ia mungkin seperti jalan lurus yang mudah, bahagia tetapi berliku.
Kita ada rasa kesedihannya, mencari-cari dan jatuh dengan apa yang berlaku.
Tambah Isyana lagi, sejak album studio pertamanya ‘Explore!’ hingga ‘Eklektiko’, semua lagu dihasilkan sepenuhnya daripada ciptaannya sendiri.
Hal ini kerana, setiap karya lahir yang dihasilkannya adalah dari hati dan ingin disampaikan terus kepada pendengar.
Dari album studio pertama Explore! sehingga Eklektiko ini, semua lagu ciptaan saya sendiri yang kena dengan hati dan jiwa.
Semua lagu memang saya ingin perdengarkan kepada peminat.
Seperti semua lagu dalam album Eklektiko yang sangat berbeza mengikut setiap babak ilham sendiri iaitu Lunora, Mamiu, Cecilia dan Abadhi.
Saya berikan nama ini untuk menceritakan kisah setiap lagu di dalamnya.
Macam yang saya katakan ada pengharapan, kebahagiaan, pencarian, kesedaran, kemarahan, spektrum emosi dan sebagainya.
Ia melengkapi warna rasa dalam perasaan seorang Isyana Sarasvati
Boleh juga dikatakan ego dalam diri berserta gambaran semua persona yang mencerminkan keperibadian saya sendiri dengan penuh rasa kejujuran dan keikhlasan.
Isyana berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Isyana Sarasvati Live In Kuala Lumpur, di Hotel CitezenM, Kuala Lumpur.
Jadi diri sendiri dalam mencipta karya

Bercerita lanjut, pelantun lagu ‘Tetap Dalam Jiwa’ itu mengakui bahawa muzik telah menjadi medium utama untuknya mengekspresikan diri sejak kecil, dan menjadi sebuah ruang untuknya bersikap jujur terhadap kehidupan sendiri.
Sejak dari kecil sebenarnya saya rasa muzik itu adalah medium terbaik untuk berekspresi dan bersikap jujur dengan diri sendiri.
Termasuk dengan muzik juga menjadi satu hal yang boleh mempersembahkan kebenaran berkaitan diri saya.
Selain muzik, tidak ada tempat lain untuk saya menjadi paling jujur terhadap diri sendiri dengan apa adanya.
Jadi, saya tidak melihat muzik hanya sebagai karier sahaja atau medium hiburan buat orang lain.
Tetapi, muzik pada saya adalah cerminan sisi kehidupan peribadi dan saya harus rasa di dalam hidup ini.
Jelas Isyana, prinsip yang dipegangnya adalah untuk menjadi diri sendiri serta mencipta karya yang dicintai.
Prinsip yang selalu saya bawa adalah jadi diri sendiri dan buat apa yang saya hendak buat serta cintai.
Itu yang membuat kita menjadi utuh, sekali gus sempurna menempuh semua liku-liku dalam kehidupan ini.
Dalam masa sama, Isyana turut menghargai penerimaan peminat yang semakin mengenali dirinya menerusi karya-karya yang lebih terbuka.
Saya melihat kepada penerimaan peminat juga sangat baik dan mengujakan kerana lumrah kehidupan pasti ada orang yang datang dan pergi.
Dengan genre lagu saya yang lebih terbuka dan seadanya ini, banyak benda dipelajari.
Mereka yang mendengar lagu saya juga semuanya akan dapat mengenali seorang Isyana Sarasvati lebih dekat.
Secara tidak langsung, pendengar memahami muzik saya.
Yang pasti semua karya saya cipta adalah ilham ikhlas dari hati.
Ia bukan sahaja yang saya pilih, tetapi merangkumi rasa penuh umpama muzik klasikal, R&B, pop, rock, balada yang diadun.



![[VIDEO] Ramai Sangka Hasil AI, Babak Inspirasi ‘Ghibli’ Iklan GSC Ini Adalah Animasi Sebenar](https://media.says.com/2026/09/adgscci-scaled.jpg)




