Sempena perasmian Surau Al-Insan Maybank di Menara Merdeka 118, Datuk Dr. Zulkifli Hasan berharap kemudahan itu dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh umat Islam dalam menunaikan kewajipan ibadah.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Mat Salleh Pun Hormat Waktu Solat Kita’ – Wanita Syukur Pejabat Di UK Sediakan Surau

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pemuda Raih Pujian, Buat Konten ’30 Hari, Cuci 30 Surau’ Sempena Ramadan – ‘Niat Nak Beri Manfaat Kepada Semua’

Kemudahan umat Islam

Menurut Dr. Zulkifli, kerajaan akan terus memperluaskan kemudahan Solat Jumaat di lokasi strategik seperti pusat beli-belah, bangunan pejabat, kawasan R&R dan premis lain yang memenuhi syarat.

Dalam pada itu, Dr. Zulkifli turut mengingatkan umat Islam supaya mengimbangi kejayaan dunia dengan pelaksanaan tanggungjawab serta kewajipan sebagai Muslim.

Kita boleh mengejar kecemerlangan dalam kerjaya dan pembangunan negara, namun jangan sesekali mengabaikan kewajipan kepada Allah SWT.

Semoga lebih banyak institusi tampil menyediakan kemudahan ibadah yang terbaik demi manfaat umat Islam. Kejar dunia, akhirat jangan lupa. Fastabiqul khairat.

Mengulas lanjut susulan Surau Al-Insan Maybank yang terletak di tingkat 57 Menara Merdeka 118, Dr. Zulkifli memaklumkan surau ini menjadi lambang usaha memperkukuh kemudahan ibadah di tengah-tengah pembangunan moden.

Saya mengucapkan tahniah kepada Maybank, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) atas kejayaan merealisasikan surau ini.

Inisiatif ini menjadi satu penanda aras yang amat cemerlang dalam menyediakan ruang ibadah yang berkualiti di bangunan komersial bertaraf dunia, sekali gus memperlihatkan bahawa pembangunan fizikal perlu bergerak seiring dengan pembangunan rohani.

Surau berkapasiti 1,205 jemaah itu merupakan inisiatif Kerajaan MADANI bersama Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) selain melakar sejarah menjadi surau Jumaat tertinggi di negara ini.

Sumber: Facebook @YB Senator Dr. Zulkifli Hasan