Baru-baru ini tular seorang penyelia sebuah pasar raya didakwa menuduh wanita hamil mencuri dan meminta rekod kesihatan ibu atau lebih dikenali sebagai ‘buku pink’.

Artikel Berkaitan: ‘Penangguhan Adalah Perkara Biasa Di Mahkamah, Bertenang & Doa Yang Baik-Baik’ – Peguam 

Artikel Berkaitan: Suami Tampil Buat Laporan Polis, Isteri Dituduh Mencuri Oleh Penyelia Pasar Raya – ‘Maruah Wanita Mengandung Dipijak Dengan Tuduhan Yang Tiada Bukti’

Data ‘buku pink

View on Threads

Kejadian tersebut telah mendapat perhatian ramai di media sosial termasuk peguam, Aminahtul Marrdiah yang tampil menjelaskan tentang data peribadi yang terkandung di dalam rekod kesihatan ibu tersebut.

Buku pink secara ringkasnya mengandungi data peribadi dan sensitif melibatkan kesihatan ibu dan anak dalam kandungan termasuk maklumat sulit.

Kementerian Kesihatan, hospital atau klinik sekalipun tak boleh dedahkan sesuka hati.

Menurut Aminahtul, rekod peribadi di dalam ‘buku pink’ mempunyai pelbagai data sensitif di dalamnya. Justeru, mana-mana pihak mahupun individu tidak boleh sewenang-wenangnya meminta tanpa kebenaran.

Akta Perlindungan Data Peribadi kata, data peribadi sensitif ni termasuklah maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental seseorang individu.

Jadi dalam buku pink kan ada maklumat peribadi. Maklumat macam nama dan nombor kad pengenalan, alamat, tarikh jangkaan bersalin, sejarah kehamilan, rekod pemeriksaan kesihatan, keputusan ujian darah dan maklumat pasal keadaan kesihatan ibu serta kandungan.

Manalah boleh kau minta sesuka hati macam tu. Kadang-kadang kalau kes saman pun kita masukkan permohonan penzahiran dokumen untuk tengok sesuatu dokumen yang berasaskan perlindungan data ni.

Bila melibatkan rekod perubatan lagilah susah kena ada kebenaran baru boleh mohon dari hospital.

Tambah Aminatul, jika wanita hamil berkenaan disyaki mencuri, penyelia pasar raya tersebut seharusnya membawa kes itu kepada pihak berkuasa dan bukan mengambil tindakan sendiri.

Jadi, janganlah tunjuk pandai macam tu pada orang lain. Cuba belajar hormati wanita dan sesama manusia.

Kalau betul pun ada syak kes mencuri ke, bawa ke security atau polis. Bukan dengan cara tidak beradab sebegitu.

Terdahulu, suami kepada wanita hamil itu telah membuat laporan polis sebagai tindakan awal susulan dakwaan terhadap isterinya.

Sebelum ini, dalam kejadian tersebut, penyelia pasar raya itu menyuruh wanita terbabit berdiri selama 20 minit selepas dituduh mencuri.

Difahamkan, wanita berusia 23 tahun berkenaan dituduh mencuri barang yang kononnya disorok di dalam pakaian.

Sumber: Threads