
Seorang wanita didakwa menjadi mangsa kekasaran kekasihnya apabila dipukul tanpa sebab dipercayai berpunca daripada sikap panas baran.
Artikel Berkaitan: Didakwa Pukul Kekasih, Pelakon Lelaki Beri Keterangan Kepada Polis
Artikel Berkaitan: Penyanyi Lagu ‘Healing’ Didakwa Pukul Bekas Kekasih?
Dipukul kekasih

Memetik laporan CNN Indonesia, mangsa mengenali suspek menerusi media sosial sebelum mendakwa dirinya didera serta dikurung oleh teman lelakinya yang berusia 28 tahun.
Dakwa mangsa lagi, teman lelakinya sering bertindak kasar dengan memukulnya sebelum ini namun keadaan masih dapat dikawal.
Saya kenal dia dari Instagram. Sejak dari awal dia memang suka naik tangan.
Sebelum ini masih normal. Lepas bergaduh, kami akan berbaik semula.
Tapi sekarang belaku hampir setiap hari.
Tambah mangsa, dia berjaya melarikan diri menerusi tingkap selepas mendapati pintu hadapan dan belakang telah dikunci oleh kekasihnya.
Dalam keadaan tenang pun, dia tetap akan pukul.
Saya melarikan diri melalui tingkap kerana pintu depan dan belakang dikunci ketika saya tiada di rumah.
Difahamkan, siasatan sedang dijalankan setelah membuat laporan kepada pihak Polres Metro Bekasi Kabupaten.
Sumber: CNN Indonesia





![[VIDEO] ‘Janji Tak Nak Kahwin Akhirnya Tewas Dengan Kapten’ – Ibu Sangka Hasrat Dr Fie Kembali Jadi Isteri Hanya Gurauan](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2846.jpeg)
![[VIDEO] ‘Saya Tak Boleh Sambut Halloween Sebab Saya Islam, Nanti Dapat Dosa’ – Jebat Jayden](https://asset.ohbulan.com/2026/11/jebat-jauden2.jpg)
![[VIDEO] Dr Fie Sah Bergelar Isteri Kapten Amrul, Terima Mas Kahwin Satu Dinar Emas](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2705.jpeg)
![[VIDEO] ‘Kena Jadi Baik & Ramah Sebab Mereka Datang Dari Jauh’ – Syed Saddiq Nasihat Ayden Santuni Masyarakat](https://asset.ohbulan.com/2026/11/IMG_2675.jpeg)