
Pelakon Syatilla Melvin, mengakui bukan mudah untuk bergelar seorang usahawan berjaya meskipun mempunyai status sebagai selebriti terkenal.
Artikel Berkaitan: ‘Ibu Bagi RM300 Untuk Survive Sendiri Hidup Di Kuala Lumpur’ – Syatilla Melvin
Artikel Berkaitan: Syatilla Melvin Beri Peringatan Tentang Solat, Akui Risau Dengan ‘Feedback’ Netizen – ‘Orang Tahu Saya Macam Mana’
Bukan perjalanan mudah
View on Threads
Menerusi hantaran di Threads, Syatilla atau nama lengkapnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 35, berkata, dia tidak pernah berkecil hati dengan komen warganet yang mendakwa segala produk yang dijual laris kerana dia adalah seorang selebriti.
Hantaran saya sebelum ini ramai yang komen, ‘awak tu artis boleh lah, jual kayu pun orang beli..’.
Saya tak marah pun, tapi kalau sekadar artis tak ada usaha pun tak boleh juga.
Bagaimanapun, Syatilla menegaskan bukan mudah untuk mencapai kejayaan pada hari ini. Justeru, dia berkongsi kisah perjalanan hidupnya yang sukar semasa mencari rezeki.
Selepas mengharungi fasa tersebut, akhirnya ibu kepada tiga orang anak ini mengucapkan rasa syukur apabila segala usaha dan pengorbanan membuahkan hasil.
Sebelum nak jadi artis atau dikenali orang, pahitnya kita telan sahaja yang telan.
Saya pernah jadi kerani sementara tunggu final Dewi Remaja.
Saya pernah bagi flyers Maxis tepi jalan tengah panas, siap kena reject hari-hari.
Tapi pengalaman tu sangat berharga. Allah maha mengatur, Alhamdulillah untuk sekarang ini.
Terdahulu, Syatilla berkongsi hasil jualan yang diperolehi selepas mempromosikan beberapa jenis produk di media sosial. Namun, rata-rata warganet mendakwa Syatilla mendapat hasil jualan yang tinggi hanya kerana dia seorang artis dan dikenali ramai.
Sumber: Threads








