
Perkongsian terbaharu pelakon Mierul Aiman di platform Threads mencuri perhatian apabila dia menyuarakan pandangannya mengenai sikap segelintir masyarakat yang masih menjadikan paras rupa sebagai ukuran.
Artikel Berkaitan: Mierul Aiman Dipuji Ada Aura Tersendiri, Netizen Yakin Mampu Bergelar ‘A-Lister’ – ‘Tak Ada Kontroversi Murahan’
Rupa jadi ukuran

Menerusi hantaran tersebut, Mierul atau nama lengkapnya Mohammad Amirul Aiman Norazman, 28, menyifatkan mentaliti sedemikian sebagai perkara yang melucukan kerana kejayaan seseorang tidak pernah bergantung kepada penampilan fizikal semata-mata.
Lucu dan semakin lucu apabila tersedar yang masih ada manusia, mengukur paras rupa sebagai simbolik nilai.
Dalam hantaran sama, juara Hero Remaja 2021/2022 itu turut memberikan beberapa contoh tokoh dan individu terkenal yang berjaya kerana bakat, pengaruh serta usaha mereka, bukannya kerana rupa paras.
Bro, it’s more than that. Gandhi tak terima jutaan pengaruh rakyat India dengan wajah. Bellingham tak jadi wira England dengan rupa. Hang Tuah tak tackle Puteri Gunung Ledang dengan modal hidung mancung.
Meskipun tidak menjelaskan secara terperinci apa yang mendorong kenyataan tersebut dimuat naik, perkongsian Mierul dipercayai sebagai peringatan agar masyarakat tidak terlalu obses menilai seseorang berdasarkan penampilan luaran.
Sumber: Threads








