![[VIDEO] Perawat Islam Perjelas Individu Yang Layak Digelar Ustaz – ‘Bahaya Untuk Mereka Yang Baru Dua Hari Pergi Kursus’](https://asset.ohbulan.com/2026/07/gelaran-ustaz.jpg)
Perawat Islam menjelaskan bahawa gelaran ustaz hanya layak disandang oleh individu yang memenuhi kelayakan serta telah melalui tapisan pihak Jabatan Agama Islam.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Paling Muda Pakai Susuk Umur Dua Tahun’ – Perawat Susuk
Artikel Berkaitan: ‘Celup Seluar Dalam Sebelum Bagi Pelanggan Makan’ – Pengamal Perubatan Islam Kongsi Jenis Sihir Restoran
Status ‘ustaz’
Menerusi perkongsian di TikTok, perawat Islam yang dikenali sebagai Ustaz Hezri menjelaskan bahawa gelaran ustaz sewajarnya disandang oleh individu yang mempunyai ilmu agama yang kuat.
Menurut Ustaz Hezri, hanya individu yang memiliki tauliah untuk berkongsi ilmu agama serta diiktiraf oleh badan-badan berautoriti layak memegang gelaran tersebut.
Gelaran ini sebenarnya diberikan oleh seseorang.
Sepatutnya berdasarkan ilmu yang dia ada. Pengiktirafan yang diberikan oleh badan-badan yang berautoriti seperti Jabatan Agama Islam.
Individu-individu yang telah ditapis, diberikan tauliah mengajar. Individu sebegini sepatutnya diberikan gelaran ustaz.
Tambahnya, individu yang baru berjinak dalam bidang perubatan Islam tidak wajar diberi gelaran ustaz kerana dikhuatiri boleh menyalahgunakan kepercayaan orang ramai.
Kalau mereka yang baru belajar, baru dua hari pergi kursus, atau seminggu berkecimpung dalam dunia perubatan islam dapat gelaran ustaz, ini sangat merbahaya.
Kadang-kadang kepercayaan orang akan digunakan.
Kena hati-hati. Gelaran ustaz patutnya diberikan kepada individu yang betul-betul berkelayakan.
Sumber: TikTok @ashhrappchannel








