Pelakon, Lydia Ibtisam kini dilaporkan berada dalam keadaan lebih stabil selepas sehari bertarung dalam keadaan kritikal di sebuah pusat perubatan.

Artikel Berkaitan: ‘Sudah Lapan Tahun Lydia Ibtisam Alami Masalah Auto Immune, Banyak Organ Kena Serang’ – Elliza Razak

Semakin stabil

Perkhabaran itu dikongsikan oleh rakan baiknya yang juga pelakon dan penyanyi, Elliza Razak menerusi hantaran di Instagram Story.

Menurut Elliza, tekanan darah Lydia kini berada pada paras yang stabil, namun orang ramai diminta untuk terus mendoakan kesembuhan pelakon berkenaan.

Update terkini mengenai Lydia Ibtisam, tekanan darah (blood pressure) Lydia Ibtisam dalam keadaan stabil.

Terus mendoakan Lydia ya semua. Moga ada keajaiban untuk kesayangan saya seorang ini.

Terdahulu, Elliza mendedahkan Lydia sebenarnya telah hampir lapan tahun berjuang melawan penyakit autoimun yang semakin serius apabila turut menjejaskan beberapa organ dalam tubuhnya.

Pada Rabu, Elliza memaklumkan Lydia berada dalam keadaan kritikal dan sedang menerima rawatan rapi di hospital, selain merayu orang ramai agar terus mendoakan kesembuhan sahabat baiknya itu.

Sumber: Instagram