
Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana tampil berkongsi pengajaran yang diambil susulan isu kematian seekor anjing dikenali sebagai Rocky yang hangat diperkatakan di media sosial.
Artikel Berkaitan: Hawa Rizwana Dipilih Atas Kredibiliti, Bukan Populariti
Artikel Berkaitan: Hawa Rizwana Pilih Cantik Semula Jadi, Tolak Pembedahan Plastik – ‘Tak Mahu Ubah Wajah Kerana Komen Netizen’
Kaji dulu sebelum beri pandangan
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, Hawa atau nama penuhnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan mengingatkan pengguna media sosial agar menyemak terlebih dahulu kesahihan sesuatu cerita sebelum berkongsi sebarang maklumat.
Sebelum berkongsi sesuatu, baca dulu. Fahami. Buat sedikit kajian. Betulkan niat.
Adakah perkongsian itu benar-benar memberi manfaat kepada orang lain, atau sekadar mahu mengejar perhatian dan engagement?
Tambah Hawa, perkembangan dunia digital hari ini menyaksikan kebanyakan masyarakat ingin menjadi yang terawal dalam menyebarkan berita serta berkongsi pandangan.
Selain itu, Hawa turut mengingatkan bahawa setiap kenyataan yang dikeluarkan tanpa kesahihan mampu memberi impak besar serta kesan berpanjangan terhadap individu yang terlibat.
Dalam dunia hari ini, ramai nak jadi yang pertama sebarkan berita dan jadi yang pertama memberi pendapat. Namun, tidak semua perkara perlu diberi reaksi serta-merta.
Hanya beberapa minit menaip mampu membawa kesan yang mungkin berpanjangan.
Imbas kembali, seorang individu menerima kecaman hebat daripada golongan selebriti serta orang awam selepas didakwa menyeksa seekor anjing bernama Rocky sehingga mati dalam satu operasi di Klang, Selangor tanpa mendapatkan penjelasan sebenar terlebih dahulu.
Sumber: Threads @hawarizwana





![[VIDEO] ‘Kami Tak Berdendam Dengan Ibu Kandung Arwah’ – Abang Angkat Amir Qusyairi](https://asset.ohbulan.com/2026/08/amir-1.jpg)

![[VIDEO] Kastam Indonesia Kongsi Rakaman CCTV Penahanan Juruterbang Malaysia Didakwa Seludup Dadah, Sebotol Urin Turut Dirampas](https://asset.ohbulan.com/2026/08/juruterbang2.png)
